Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts

Mar 31, 2015

MENDALAMI FALSAFAH HAD DAN HUDUD YANG HAK

Isu pelaksanaan hudud tampil dengan pelbagai persoalan dan kemungkinan. Ramai sekali yang menyokong namun masih ramai yang menghentam dan membantah. Seharusnya sokongan itu dinampakkan dengan ILMU bukan berbentuk taklid dan ketaksuban membuta tuli (QS:17/36)
Yang menentang juga harus berhujjah dengan ilmu, bukannya bersifat asobiyah dan dengan nada mengejek atau mencerca. Ungkapan seperti sup tangan, nanti tak cukup batu untuk buat jalan sebab habis diguna untuk merejam atau hudud tidak adil kepada wanita dan orang bukan Islam hanyalah alasan untuk mencipta keraguan buat memenuhi hasrat menolak hudud.
Penolakan dan cercaan terhadap hudud bukan sahaja oleh bukan Islam, malah oleh sebahagian individu Muslim juga. Itu amat mendukacitakan. Ada yang mengatakannya kolot, bersifat barbaric, tidak adil, tidak sesuai untuk masyarakat berbilang kaum dan agama, zalim dan sebagainya.
Lebih malang apabila ada cendiakawan, tokoh agama dan pemimpin negara sendiri yang mengatakannya. Telahan ini hanya menampakkan bahawa kita amat jahil tentang hududullah yang sebenar/hak. Ada yang memperlekeh hudud PAS tetapi tidak pula sudi menunjukkan hududullah yang sebenar.
Rasulullah SAW berjaya melaksanakan Hudud sebelum alQuran turun sepenuhnya, iaitu selepas Piagam Madinah dimeterai (Tahun pertama Hijrah, 622M). Penduduk mukmin adalah minoriti, hanya 5% dari 10,000 penduduk Madinah. Ekonomi belum stabil. Masyarakatnya bertelagah dan jauh lebih majmuk dari kita (Quraisy Muhajirin, Bani Auf, al-Harith, Saidah, Jusyaim, al-Najjar, Amru, al-Nabiet, Aus, Tha’alabah, Jafnah, dan Shutaibah).
Non-Muslim sampai sanggup bayar jizyah untuk menikmati hudud yang baginda laksanakan. Apakah rahsianya?
APA YANG KITA FAHAM DAN MAKSUDKAN DENGAN HUDUD?
Hudud melibatkan HAD/BATAS. Ia difahami umum sebagai perundangan JENAYAH SYARIAH dalam Islam. Kita lupa bahawa ada satu nilai dan matlamat pada hudud itu sendiri. Jika ia hanya dikira sebagai satu bentuk perundangan secara melulu, maka ia hanya akan dilihat zalim oleh manusia dari segi etika pelaksanaannya.
Jika hudud kita maksudkan sebagai nilai pendidikan dan matlamat mencegah dalam falsafah syariah pula, maka kita merujuk kepada suatu keadilan melalui pendekatan pendidikan dalam mengatur manusia dengan peraturan itu.
Sekiranya kita membaca HUDUD (HAD) sebagai hukum jenayah semata-mata, memanglah kita tidak akan temui dalil dari sumber kitab yang dapat membantu menyelesaikan masalah ummat. Tetapi jika Hudud dibaca dalam kerangka membentuk nilai dan etika kehidupan manusia, maka ia amat luas sekali.
Itulah nilai PENDIDIKAN dan PELAKSANAAN yang berkaitan dengan HAD, SEKATAN, PENCEGAHAN dan PEMBENDUNGAN.
Dengan menitikberatkan pencegahan melalui pendidikan, maka seluruh aturan yang ternukil dalam al-quran dan sunnah adalah merupakan hududullah bagi kita. Dalam bahasa syariah, PENDIDIKAN HUDUD dijadikan sebagai pemeliharaan jiwa, minda, intelek, keturunan dan hartabenda. Secara langsung ia juga memelihara kebajikan SELURUH umat manusia, samada Islam atau bukan Islam.
HUDUD DARI SUDUT METAFORA AL-QURAN
Sesungguhnya Allah suka menggunakan metafora dalam menyampaikan wahyuNya. Maka wajib kita fahami bahawa bahasa al-quran itu sangat halus dan berseni dalam mendidik manusia. Tanpa seni pemahaman yang halus untuk membezakan mutasyabihat dan muhkamat, manusia tidak akan mampu mencerap apa sebenarnya maksud tersirat Allah pada ayat mithal /mutasyabihatnya.
Jika kita hanya merujuk kepada harfiahnya sahaja dalam mentadabbur al-quran yang tersurat, tanpa memahami maksud tersirat dari Allah, ia bakal memberikan impak negetif yang dramatik dan destruktif. Akibatnya Islam dipandang zalim dan difitnah. Perhatikan beberapa contoh di bawah,
QS:2/54 dan QS:4/66: Allah kata: “Bunuhlah dirimu..”.
Maksud tersirat ialah agar kita bunuh sikap lama, iaitu keegoan dan kedegilan diri kita terhadap Allah. Tanpa memahami bahasa code/tersirat ayat mutasyabihat begini maka boleh sahaja pembaca alquran yang jumud berusaha membunuh diri. Kononnya itu dibaca sebagai jihad akbar. Maka ramailah yang ikut menjadi pengebom berani mati untuk syahid kononnya. Walhal Islam mengharamkan BUNUH DIRI. Mempercepatkan mati bagi mujahid yang tenat tercedera pun sudah dikira bunuh diri dan terbatal syahidnya.
QS: 29/45: “SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH KEJI DAN MUNGKAR” - Disiplin solat itu sendiri berunsur MENCEGAH sebagai dasar kepada pendidikan HUDUD.
QS: 17/32, “JANGAN DEKATI ZINA” – Ini juga dasar pendidikan yang meletakkan HAD dan SEMPADAN di dalam peraturan HUDUD yang sebenar. Bukannya anak sudah berzina, sudah buang bayi, sempadannya sudah dilanggar baru hendak dikenakan HUKUMAN HAD! Bila batas sempadannya sudah disondol oleh nafsu baru kita mahu laksanakan HAD tentu aneh bukan?
Di Mina (Jamrah), kita merejam syaitan dengan batu. Begitu juga takrifan rejam penzina sampai mati. Sebelum hukuman itu dijatuhkan, usaha mencegah melalui proses pendidikan dan penguatkuasaan harus dilakukan bersungguh-sungguh. Hapuskan segala punca zina seperti aktiviti hiburan liar, halang pergaulan bebas, bersekedudukan, pakaian yang menjolok mata dan sebagainya.
Itulah MEREJAM (dengan pendidikan/batu penimbang yang adil) segala gejala dan anasir (REGIM SYAITAN) yang menggalakkan perzinaan sampai mati, sampai hilang selera untuk berzina. Itulah proses pencegahan yang murni dan berkesan dalam Islam.
QS: 8/12: Allah kata “.. penggal/pukullah tiap-tiap HUJUNG JARI mereka”.
QS:12/31: “Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum padanya, dan mereka MEMOTONG jari/tangan mereka dan berkata: Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia."
Mana mungkin ada yang mampu memotong tangan sendiri tanpa sedar sekalipun sedang melihat satu kesempurnaan? Maksud tersirat memotong jari di situ ialah berhenti berkarya untuk menyerahkan KUASA / TUGASAN kepada seorang lain tatkala menyaksikan kehebatannya menjalankan tugas dengan bijaksana dan amat sempurna. Demikian juga contoh penyerahan kuasa Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s.
Dalam isu hudud, jika “tangan” itu diambil pada maksud metaforanya, maka ia membawa maksud “KUASA”, “PEMIKUL AMANAH”, “KAKITANGAN”. (QS:48/10)
Apabila “potong tangan” hanya difahami secara harfiah (tersurat), maka tangan pencuri yang akan dipotong sampai terputus untuk menghalang tangan itu daripada terus melakukan perbuatan mencuri. Hukuman itu dikatakan akan menakutkan orang lain bagi menghalang tabiat mencuri.
Sebenarnya hukuman “potong tangan” secara mutasyabihat (tersirat) turut membawa maksud ”CEGAH”, “KEKANG”, “BENDUNG”, “BUANG”, "MEMUTUSKAN", “PERLUCUTAN KUASA” atau “PEMECATAN” dari menjalankan amanah, urusan, kerja, jawatan atau kepimpinan.
Pemegang amanah yang MENCURI akan dipotong kuasanya dan diadili secara takzir jenayah yang telah dilakukannya. Ini bagi menghalang salahguna kuasa, khianat dan perbuatan yang boleh merosakkan kesejahteraan masyarakat dan negara.
MENCURI dari segi mutasyabihatnya juga turut meliputi perbuatan “RASUAH”, “PECAH AMANAH”, “PONTENG", "CURI TULANG”, “PEMALAS” dan sebagainya. Kerana itu Nabi SAW katakan antara perbuatan paling keji dan jahat ialah MENCURI DALAM SOLAT (tidak ruku’ dan sujud dengan sempurna). Itulah hamba yang tidak patuh dan tidak melaksanakan amanah/tugasnya dengan sempurna.
Apabila pemimpin dan majikan sudah cukup amanah dan bertanggunajawab, maka pekerja dan rakyat pasti akan terbela. Kutipan dan agihan zakat kepada asnaf juga akan lebih berkesan. Tidak mungkin ada lagi yang lapar dan mencuri.
Kerana itu di zaman Rasulullah dan khulafa’ Ar-Rasyidin, pencuri lebih ramai yang dibela daripada yang dipotong tangannya. Jika ada umat yang sampai terpaksa mencuri untuk hidup, maka majikan dan penguasa, bahkan jiran juga akan dihukum jika membiarkan umat kelaparan sampai terpaksa mencuri.
Nah, jika dengan keadilan dan tarbiah sejauh ini pun masih ada yang mencuri lagi, barulah WAJAR DIPOTONG TANGAN nya secara muhkamat. Kerana itu sejak zaman dahulu sampai sekarang tidak sampai 10 tangan pun yang dipotong oleh hudud kerana sabit mencuri (berbanding ribuan atau jutaaan tangan bahkan leher yang terpotong oleh penjenayah).
Kita harus faham dengan jelas di mana perintah yang membawa makna PENCEGAHAN melalui pendidikan supaya kita mampu bertindak adil melalui pelaksanaan hukuman secara QISAS, TAKZIR dan DIYAT. Contohnya tangan hanya dipotong setelah didapati kewajarannya berdasarkan bukti-bukti yang nyata dan kukuh, ditimbang-tara dengan asbab mencuri dan kerosakan yang telah dibuktikan.
Untuk memahamkan semula masyarakat di zaman jahiliyah moden ini adalah sesuatu yang mencabar. Banyak kefahaman lazim dari nenek moyang yang belum menerima penjelasan tersirat dari ayat mutasyabihat itu harus difahamkan semula kerana ia sudah lama TERHAKIS dari kefahaman umat ini.
KESIMPULAN
Dalam Piagam Madinah hudud tidak disebut pun sebagai satu enakmen jenayah. Maka, selagi konsep dan pelaksanaan hudud itu sendiri tidak difahami dengan jelas motif dan nilai pelaksanaannya, selama itulah ianya akan menjadi bahan polemik yang tidak berkesudahan.
Adil itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sekiranya pencegahan melalui pendidikan dan penguatkuasaan telah awal-awal diterap dan dilaksanakan, amaran dan peringatan telah disampaikan, barulah wajar dijatuhkan hukuman. Itupun setelah disiasat dan diadili seadil-adilnya, bukannya terus dihukum.
Bagi penzina, sebelum berlakunya zina, didik dahulu supaya aurat dan tatacara pemakaian terpelihara. Skirts, seluar dan baju ketat harus diharamkan. Hentikan segala unsur yang boleh mengundang zina, rogol dan jenayah terhadap wanita.
Jika sistem Islam berjaya dipenuhi secara kaffah, dana zakat terurus dengan baik, pemimpin beramanah dan hududullah yang hak dilaksanakan dengan sempurna, maka tidak mustahil kita boleh mencapai tahap jenayah sifar. Ini telah berlaku pada zaman pemerintahan Abasiyah. Penjara besar tapi kosong tanpa banduan. Sebenarnya apa yang kami kongsikan ini telah pun kami laksana pada komuniti RPWP sejak 10 tahun dahulu dengan berkesan.
Rata-rata dapat kita baca komen bahawa antara yang menjadikan rakyat prejudis sekarang ialah integriti pemimpin dan jentera pelaksana itu sendiri. Kerana itu hudud yang hak akan mengutamakan usaha mendisiplinkan pemimpin dan pelaksana terlebih dahulu. Hanya satu hudud untuk semua. Tiada istilah “2 set undang-undang” dalam Islam; satu set untuk rakyat biasa dan satu untuk golongan bangsawan.
Ketirisan dana dan jenayah harta antara sebab kejatuhan ekonomi. Kerana itu Hudud Rasulullah SAW berjaya membangun ekonomi. Justeru alasan ekonomi tidak stabil tidak boleh dijadikan hujjah untuk menangguhkan hudud.
Ini hanyalah satu cetusan pembuka minda agar semua pihak berhenti menghujat dan mencerca hududullah yang maha adil dan sempurna. Jika kita faham di mana rahsia keindahan hudud yang sebenarnya, maka mekanisma perlaksanaan selanjutnya mudah dirangka. Kita tidak perlukan kelulusan parlimen pun untuk melaksanakannya.
InsyaAllah ada izin Allah, akan kami cuba lakarkan serba sedikit mekanisma perlaksanaan hudud yang sebenarnya buat menyuntik semangat dan keyakinan kepada masyarakat dan para pelaksana.

Feb 17, 2015

PETUA

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


           Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
           melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh
           berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :


           - Berlimpah pahala dari Allah


           - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit
           TB


           - Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan


           2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN


           Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau
           Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu
           memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.


           "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang
           dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai
           harum-haruman"(HR Muslim)


           3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN


           Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum
           lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai
           kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)


           Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :


           Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
           lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi
           ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan
           kesehatan


           4. GEMAR BERJALAN KAKI


           Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,
           mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan
           kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran
           darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit
           jantung


           5. TIDAK PEMARAH


           Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini
           menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah
           terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu
           dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang
           tepat untuk menahan marah :


           - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan
           bila duduk maka berbaring


           - Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon


           - Segeralah berwudhu


           - Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
           kegundahan hati


           6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA


           Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam
           bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan
           bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT


           7. TAK PERNAH IRI HATI


           Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka
           menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat
           tepat.


           Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan
           hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.


           Kalau rajin... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
           Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran
           kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
           yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah
           meninggal dunia


           wallahu'alam....

Feb 5, 2015

Maher Zain - Assalamu Alayka



My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
يا رسول الله

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn't stop my tears from falling
In your presence O Muhammad!

السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
يا رسول الله

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah

O Taiba (Medina), your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I've left my heart with my Beloved
Sending blessings on Muhammad

السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
يا رسول الله

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah
May salutations be sent upon you
O Messenger of Allah
May salutations be sent upon you O my Beloved
O Prophet of Allah, O Messenger of Allah

Aug 20, 2014

POLIGAMI


Rentetan ulangan Tanah Kubur pg td... Aku terus terpikir bila Tok Adi dok citer pasal adil bila berpoligami.. Kemampuan...

Mungkin sesetengah lelaki itu mampu untuk berpoligami TETAPI tidak semua lelaki itu MAMPU untuk menanggung tambahan dosa dari tanggungjawabnya... 
Correct me if I'm wrong... Please...
Kita sama2 mencari ilmu.
InsyaAllah...

Aug 19, 2014

Allah Hu Rabbi...


May 30, 2014

Dhuha

Ku berdoa, dalam dhuha
Dua tangan menadah, ku meminta
Limpahan rahmat, limpahan rizki
Rizki halal dan baik, yang Kau ridhoi

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan...

Ku tertunduk dan bersila
Dua mata terpejam, khusuk berdoa
Sajadah panjang, basah terbentang
Airmata menetes, mohon dikabulkan

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan...

Bila masih di langit, Engkau turunkan
Bila di dalam bumi, Engkau keluarkan
Bila masih jauh, Engkau dekatkan
Bila masih sulit, Engkau mudahkan
Tuhan...

Bila masih haram, Engkau sucikan
Bila masih kotor, Engkau bersihkan
Tuhan...

Feb 4, 2014

TAMBAH IMAN


Jan 13, 2014

Tolong sebarkan, ramai yang tidak mengetahuinya..

:: Rukun Qauli Dalam Solat ::

Takbiratul ihram..
al-fatihah..
selawat tahiyat akhir..
memberi salam..

Rukun qauli..bermaksud..
-Rukun adalah perkara yang tidak boleh ditinggalkan..
-Qauli adalah lafaz yang mengeluarkan suara..

-Gerak mulut sahaja..tidak sah solat..
-Bacaan solat perlu dengar ditelinga sendiri..

-Bila takbiratul ihram..bukan imam..takbir perlahan daripada imam..
-Bacaan kuat dari yang sepatutnya..makruh
-Niat mengganggu orang lain dengan bacaan kuat..haram
-Baca tidak keluar suara..tidak sah solat dengan sebulat suara(dari pandangan Ulama')
-Bacaan hanyalah untuk kita sahaja yang mendengarnya..
Jangan sehingga mengganggu jemaah yang lain..

(UAI)

Credit: Nasihat Ulama Akhirat

JOM GI KULIAH!!


Dec 31, 2013

Ibu...


Dec 26, 2013

Allahuakbar... Rezeki dariNya...


Hamba...


Dec 25, 2013

13 Cara Untuk Suami Melayan Isteri dan Cara Rasulullah SAW

Dalam membentuk keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak suami dan isteri (mungkin isteri-isteri) perlu memainkan peranan masing-masing. Disini saya kumpulkan beberapa cara yang saya ringkaskan dari pembacaan saya di internet.


Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.
Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.


Dipetik dari : http://peribadirasulullah.wordpress.com


Dec 24, 2013

SYUKUR

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi

Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali

Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani

Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur,
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, 
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati

Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Melihat tempat indah dikaca TV

Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci

Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Syukur,
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, 
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Syukur,
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, 
Aku masih disini
Syukur, 
Aku bernafas lagi
Syukur, 
Aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini