Oct 26, 2015

Durian Belanda

Aku ada jual Durian Belanda. Tapi pati la.. Ada buah di dalam.

RM 25.00 sahaja. Untuk segelas hanya memerlukan 2 sudu. Kemudian tambah air. Tidak perlukan gula.




Buah Durian Belanda

Durian belanda (bahasa Inggeris Soursop, tulisan Cina Tradisional 紅毛榴蓮, Soursap, Guanábana, Graviola, Zuurzak, Coração-da-Índia, Guyabano or Corossol ) atau nama saintifiknya Annona muricata L
Pokok durian belanda merupakan tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika dan Amerika Selatan. Nama “belanda” pada durian ini dan variasinya disebabkan ianya dibawa masuk ke Asia Tenggara pemerintah kolonial Hindia-Belanda(Sepanyol) pada abad ke-19. Durian belanda juga dikenali dengan nama durian selat atau durian sayur (Kelantan), durian Eropah (Langkawi) dan sirsak (Indonesia).
Ketinggian pokok durian belanda hanya mencapai kira-kira 9 meter. Bunga durian belanda mempunyai tiga kelopak berwarna hijau dan berubah menjadi kekuningan apabila mekar. Buahnya berduri(rujuk foto) tetapi durinya agak lembut. Isi buah durian belanda berwana putih dan mempunyai biji yang banyak, berwarna hitam serta dilindungi oleh cengkerang biji yang keras. Tumbuhan ini membiak melalu keratan batang dan biji benih.

Khasiat Buah Durian Belanda

Buah durian belanda mengandungi karbohidrat, fruktosa, amyloid, asid sitrik, manganese, sukrosa, reticuline, tannin vitamin C, vitamin B1 dan vitamin B2. Bijinya beracun dan dapat digunakan sebagai insektisida semulajadi untuk pokok sayuran.
Kajian yang dibuat mendapati durian belanda mampu merawat dan mencegah seseorang daripada risiko mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Daun durian belanda yang dijadikan serbuk teh dan diminum dipercayai dapat merawat sakit kerongkong. Akar, kulit dan daunnya dipercayai boleh mengubati kencing manis. Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda dan dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.
Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda diminum untuk meredakan demam, membunuh cacing(masalah kecacingan bagi kanan-kanak) dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai membantu mengubati penyakit jantungbatuk dan membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh penyelidik, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
selain itu khasiat buah durian belanda juga..
1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !
7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
durian belanda

Penyelidikan Membuktikan..

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola (durian belanda) yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola (durian belanda) secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola (durian belanda), mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola (durian belanda)
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

  • Iklim
    Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif.  Tanaman durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun, mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.
    Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%.  Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain.  Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru berupaya menghasilkan daun baru.  Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau.  Pengairan diperlukan untuk mengelakkan kematian.  Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air.
    Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses pembungaan dan pembuahan tersebut.  Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang.  Ini disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi.  Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok menghasilkan pucuk baru.  Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun baru yang boleh menyebabkan buah gugur.
Faktor Tanah
Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk pertumbuhan akar.  Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai.  Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung.  Tanah jenis lom dan lom berpasir banyak terdapat di lereng-lereng bukit.  Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan musim kemarau yang terlalu panjang.  Penanaman durian di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung, memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran hasil yang baik.
Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:-
(a)  Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah siri Rengam dan Jerangau.
(b)  Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari (lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia).
(c)  Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak
terlalutinggi.  Sebagai contoh: Siri Kangkong dan Siri Selangor di Semenanjung Malaysia.  Tanah-tanah
bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah asid sulfat, tanah masin, tanah gambut dan
tanah bertakung air adalah tidak sesuai.
Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk penanaman durian.  Walau bagaimanapun, ia masih boleh ditanam di kawasan yang berkecerunan 12-20o jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat.
Durian-Belanda

No comments: