Mar 24, 2015

Hebahan Program Anak Angkat Gaza Anjuran NGO



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
Hebahan Program Anak Angkat Gaza Anjuran NGO Al-I'tisam Relief Program (ARP)· Tajaan setiap 3 bulan : USD 180· Tajaan setiap 6 bulan : USD 360· Tajaan setiap 12 bulan : USD 720
*Tempoh menaja sekurang-kurangnya 1 tahun




Hebahan Program Anak Angkat Gaza anjuran NGO ARP di Kosmo :

Program Anak Angkat Gaza anjuran ARP adalah sebuah program di mana seorang individu atau sebuah keluarga Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menanggung sebahagian daripada kos sarahidup keatas seorang
anak yatim para syuhada' Palestin yang tinggal di Gaza atas dasar persaudaraan dan ukhuwwah kasih sayang sesama Islam untuk tempoh tertentu. Anak-anak yatim syuhada' ini telah kehilangan bapa mereka yang terkorban
didalam peperangan menentang zionis baru-baru ini.

Di Malaysia sekarang dianggarkan lebih 100 orang warga Gaza sedang belajar diperingkat Master dan PHD di universiti-universiti utama di negara ini. Ini bermakna, perhubungan anak angkat dan keluarga angkatnya boleh
menjangkau hingga ke peringkat ini malah mungkin lebih daripada itu. Peperangan dan penindasan yang berterusan berlaku keatas rakyat Palestin bukan sahaja oleh bangsa zionis laknatullah tetapi juga oleh negara-negara seperti Mesir,
Arab Saudi, UAE dan sebagainya; bantuan rakyat Malaysia sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka.

Program Anak Angkat Gaza ini adalah langkah penting bagi membantu perjuangan rakyat Palestin membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman musuh-musuh Islam.
Oleh yang demikian, kami menyeru kepada
Tuan/Puan dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Ia adalah tanggungjawab bersama dan kepada saudara-saudara beragama Islam khususnya untuk bersama-sama menambah saham akhirat dan peluang
sebegini sememangnya ditunggu-tunggu oleh mereka yang istiqamah dalam membuat kebaikan. Wallahu'alam.

".... dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat" ( Surah Al Baqarah : Ayat 83)


Pihak ARP ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas keprihatinan dan perhatian daripada pihak Tuan/ Puan.
Semoga sumbangan Tuan/Puan diterima di sisi Allah dan beroleh rezeki yang berlipat ganda.



KLIK UNTUK MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE DI SINI :


Bantu sebarkan! Dalam usaha membantu nasib rakyat Gaza yang ditindas terutama anak-anak yatim, Program Anak Angkat Gaza yang bermula pada penghujung November 2014 lalu telah di lancarkan
sebagai misi bantuan kewangan bulanan untuk menyara kos kehidupan anak-anak yatim Gaza tersebut. Pada masa ini, ARP menerima 54 database anak yatim manakala 31 orang telah mempunyai keluarga angkat Malaysia sementara
lagi 23 orang masih menanti keluarga angkat Malaysia yang pemurah. ARP amat memerlukan kerjasama dari semua penerima email agar dapat menghebahkan info ini kepada masyarakat di luar sana tentang kesedaran membantu Gaza.
Memandangkan kewujudan ARP masih baru, kami amat berharap kerjasama yang istiqamah dari semua masyarakat dan sukarelawan agar kita sama-sama dapat menyalurkan lebih banyak manfaat kepada golongan sasaran yang perlu di bantu.
Info lanjut program anak angkat Gaza boleh di baca di pautan
INI.

Statistik permohonan Anak Angkat Gaza setakat semalam.
Jumlah: 54 | Sudah ditaja: 32 | Belum ditaja: 22
*Adik Jana Binti Khalid, 5 thn, ialah anak yatim terkini yang ditaja. Permohonan melalui laman web ARP.






*Foto bertanda 'ADOPTED' menunjukkan status anak yatim Gaza yang telah mempunyai ibu bapa angkat Malaysia setakat ini.

PENTING : Mohon panjangkan hebahan kepada kawan-kawan atau saudara mara yang berminat.


NEWSLETTER #106:

Nota: Sila reply 'unsubscribe' untuk keluarkan email anda dari senarai penerima newsletter ARP. Terima kasih.

Note: We are not spammers and are against spamming of any kind. If you are not interested then you can reply with a simple \"NO\" or "\UNSUBSCRIBE",We will never contact you again. Thank you.


//Al-'tisam Relief Program (ARP) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan berdaftar berpangkalan di Shah Alam yang aktif menjalankan misi bantuan kemanusiaan ke Kemboja, Gaza dan Malaysia.

//Tuan puan yang berhasrat menyalurkan sumbangan umum minimum RM1, bantuan CSR ataupun bersifat peribadi ke Tabung Bantuan Kemanusiaan ARP melalui akaun MAYBANK #562478141589.
Sumbangan juga boleh disampaikan secara online di pautan
http://www.arp.org.my/donate. Sekiranya memerlukan resit, mohon hubungi kami selepas membuat sumbangan.

//Like kami di Facebook:
http://facebook.com/alitisamreliefprogram
MISI KEMANUSIAN ARP
: Stand Up For Gaza | Prihatin Kemboja  | Ceria Malaysia |  

Terima kasih.







[AL-I'TISAM RELIEF PROGRAM (ARP)]
["Humanitarian Aid For The World"]
------------------------------------------------------------------------------
[Tel : 03-7846 1880]
[Fax : 03-7846 0477]
[Email : info@arp.org.my]
[Website :
http://www.arp.org.my]
[Facebook:
http://facebook.com/alitisamreliefprogram ]
[Twitter :
http://twitter.com/alitisamrelief ]
[Address : Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor ]
------------------------------------------------------------------------------------------
ACCOUNT: Al-I'tisam Relief Program / Pertubuhan Ceria Al-I'tisam
MAYBANK : 5624 7814 1589
CIMB : 1231 000 063 2103
BANK ISLAM : 12038010114731

ONLINE DONATION :
http://www.arp.org.my/donate
*3rd party Email : info@arp.org.my

No comments: