Dec 16, 2009

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah

Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan
kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seorang wanita yang beriman dan bertaqwa

berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya
seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia

Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan
maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah
Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu
dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata

" semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu


Si suami meneruskan kata-katanya:
" Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya
sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku
lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku

kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya
dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna
Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku
Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata
"Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia"
Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira

tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu

maka janganlah kamu melakukannya
Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku
kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya
Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya "

No comments: