Nov 12, 2009

Kurang kalsium undang padah

Kurang kalsium undang padah


SEDARKAH kita punya 33 peratus kemungkinan untuk menghidap osteoporosis menjelang usia 65 tahun?


Ini bermakna seorang daripada setiap tiga orang dewasa bakal menghidap penyakit berkenaan yang kini meningkat dengan pesat di seluruh Asia.

Osteoporosis adalah penyakit tulang lemah yang lama kelamaan akan mengakibatkan kerapuhan ketumpatan tulang dan kemerosotan struktur tisu tulang.

Penyakit ini juga menyebabkan kerapuhan tulang tanpa mempunyai sebarang gejala yang nyata. Seseorang itu mungkin tidak menyedari mereka mengidap osteoporosis sehingga tulang menjadi terlalu lemah, di mana apabila berlaku ketegangan, pelanggaran atau terjatuh sedikitpun boleh menyebabkan tulang retak.


Bagi kes osteoporosis yang lebih teruk, tulang belakang boleh melengkung sehingga menyebabkan individu kelihatan bongkok. Ia juga dikenali sebagai 'dowager hump.'

Osteoporosis berlaku disebabkan pengambilan kadar kalsium yang tidak mencukupi.

Kira-kira 99 peratus kalsium dalam tubuh terdapat pada tulang dan gigi justeru apabila tubuh tidak mendapat kalsium secukupnya daripada diet harian, tubuh akan melarut resap kalsium daripada tulang dan gigi. Lama-kelamaan ini akan melemahkan tulang, menghakis tulang sehingga menjadi rapuh.

Satu cara berkesan yang boleh mengesan kerapuhan tulang di peringkat awal serta mengesan permulaan osteoporosis ialah melalui ujian kepadatan mineral tulang.

Ia mengukur kepadatan tulang pada pinggul dan tulang belakang iaitu bahagian yang mudah berlaku kehilangan kepadatan tulang serta berlaku keretakan.

Bagaimanapun, cara terbaik untuk merawat osteoporosis ialah dengan pencegahan. Cara mudah adalah meningkatkan pengambilan kalsium untuk menguatkan tulang di samping menjadikan tubuh lebih sihat.

Pengambilan kalsium harian yang disyorkan untuk orang dewasa berumur 19 hingga 50 tahun ialah sebanyak 100 miligram.

Selain itu, jumlah pengambilan vitamin D juga penting dalam membantu meningkatkan penyerapan kalsium pada tulang serta mengawal gerakan kalsium antara tulang dan darah.

Kalsium juga boleh didapati daripada pelbagai jenis makanan seperti bayam, asparagus, brokoli, oren serta ikan sardin dan salmon. Namun, sumber kalsium semula jadi yang terbaik ialah daripada susu dan produk tenusu.

Menerusi pengambilan susu Marigold, ia dilengkapi sumber kalsium yang lengkap termasuk vitamin D dan protein.

Hanya dengan tiga gelas susu segar sehari, ia membekalkan sukatan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh.


Keretakan biasanya berlaku pada pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan. Lebih teruk, tulang yang retak sukar untuk dipulihkan kerana kualiti tulang yang merosot.

No comments: