Tangan dedah usia sebenar seseorang
RAMAI yang kurang peduli soal penjagaan tangan sedangkan ia juga perlukan penjagaan rapi seperti wajah.
Adakalanya, tangan kita kelihatan lebih berusia daripada wajah, malah sebahagiannya kering dan kusam.
Tangan adalah antara anggota pertama yang menunjukkan usia seseorang. Sekiranya ia tidak dijaga dengan baik seperti wajah, ia mampu kelihatan kusam dan tidak bermaya malah berkedut.
Berikut beberapa panduan penjagaan kecantikan tangan disediakan Aiken:
- Jangan biarkan kulit pada tangan menjadi kering. Sentiasa sapu pelembap atau krim penjagaan khas untuk tangan tanpa mengira waktu. Jika berada di pejabat, pastikan krim pelembap tangan sentiasa ada di atas meja supaya ia dapat digunakan pada bila-bila masa.
- Pancaran matahari boleh merosakkan kulit, justeru gunakan pelembap yang mempunyai perlindungan matahari.
- Lindungi tangan daripada habuk, pencemaran dan sebarang bahan kimia dengan memakai sarung tangan ketika berkebun atau mencuci pinggan mangkuk.
- Pastikan tangan dikeringkan setiap kali selepas mencuci untuk mengelak daripada dijangkiti kulat.
- Rawat tangan di dalam air suam herba seminggu sekali supaya tangan sentiasa lembut.
Selain itu, campurkan air lemon dan beberapa titik air mawar, kemudian rendam tangan beberapa minit. Lakukan setiap hari untuk tangan lebih cantik dan bermaya. - Penggunaan pencuci pewarna kuku boleh menyebabkan kuku kering, oleh itu elakkan daripada mewarna kuku. Lebih elok jika menggunakan inai kerana selain berfungsi mewarna kuku, ia adalah sejenis herba yang membantu menyihatkan kuku.
- Gunakan oat yang dikisar dan sental tangan dua kali seminggu.
Antara pilihan krim pelembap di pasaran adalah krim penjagaan intensif tangan dan badan Aiken. Menerusi ekstrak portulaca, ia bertindak melegakan dan menghidratkan kulit yang lesu.
Krim terbabit dirumus khas dengan ejen antibakteria bagi membersihkan kulit dan membantu memberikan perlindungan kelembapan selama 24 jam.
Kandungan vitamin E dalam rumusan itu melindungi sel kulit dan membantu memperlahankan tanda penuaan. Krim yang juga sesuai untuk disapu ke seluruh badan ini didatangkan dalam bentuk tiub, sekali gus memudahkannya dibawa ke mana saja.
sumber oleh : http://www.hmetro.com.my
1 comment:
kalu cam tu jom beli losyen Nutrimestics...sure tangan jd lebih muda tau...coz ada Vit E n so on.. so tunggu pe lagi???
Post a Comment