1. Gas aircond : Selalu cek kebocoran (dalam sebulan sekali) paip aircond dengan air sabun, supaya gas aircond tu kekal ditahap normal (cukup).
2. Compressor aircond : Semasa mula hidupkan injin kereta tu, pastikan dalam 2/3 minit baru bukan aircond tu, dan tunggu dalam 2/3 minit pula baru teruskan pemanduan kereta tu, ini boleh menyebabkan Compressor aircond tu mudah rosak. Selalu cek di bahagian belt aircond, jangan kendur/longgar, ini juga boleh menyebabkan Compressor aircond tu mudah rosak.
3. Reelay Aircond : Buka aircond (tempat control low hingga high) dengan cara satu tahap ke satu tahap & jangan sekali-kali terus ke tahap high tu, mungkin akan merosakkan relay aircond tu.
4. Aircond tersumbat : Control kesejukan aircond tu, hendaklan jangan buka ke paras high, bukalah separuh je (tengah-tengah) sebab ini akan menyebabkan aircond tu akan mudah tersumbat (akan jadi air batu kat liang-liang aircond).
Tambahan:
1. Semasa membasuh kereta, pastikan anda sembur air pada kelajuan tinggi ke bahagian tangki aircond, supaya tidak tersumbat (dapat menyejukkan lagi aircond kereta).
Sistem Aircond Dalam Kereta:
Gas yang panas dari dalam kereta, akan dikeluarkan ke tangki aircond (tangki aircond dekat ngan tangki air tu), disinilah gas yang panas disejukkan dengan udara sekitar melalui celah2 tangki aircond tu. Kemudian gas itu akan menjadi sejuk, gas sejuk kemudian akan dibawa ke dalam kereta. Proses itu diulangi.
sumber :
ariff6549 JDM garage |
No comments:
Post a Comment