Sep 8, 2010

ATOI


Kuala Lumpur, 1 Jun 2010 – Pelawak alafbaru Zizan buat pertama kalinya muncul memegang watak utama dalam filemSuperhero terbaru arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd dengan kos keseluruhan RM 1.9 juta.


Filem grafik komik ini, merupakan filem ke 25 terbitan TUSB adalah jawapan penerbitMalaysia kepada komik superhero terkenal seperti Batman,Spiderman, Catwoman dll. Bezanya ia agak gila-gila dan ia jugaturut menyelitkan pelbagai mesej tersendiri dengan disampaikan melaluiJenaka Ringan mengikut kesantunan dan budaya Ketimuran oleh Penulis Skrip danPengarah, Azizi Chunk Adnan.


Melalui filem kita ketawa, kita merasa, dan kitabelajar. Selain menghidangkan sebuah filem dengan jenaka ringan,dialog yang bijak dan lucu, serta senario yang gila-gila, Kapoww jugamembawa maksud yang lebih mendalam – bagaimana manusia begitu mudah lupa diridan terpengaruh dengan kuasa, kemasyhuran dan tuah yang datang. Bagaimanakasih sayang dan sokongan seorang ibu tidak boleh dilupakan, dan bagaimana kitaperlu percaya kepada kawan-kawan. Dan dengan kepercayaan kepada keluarga,negara dan rakyatnya, kita akan lebih maju dan berjaya!


Filem ini menarik dengan pelbagai watak superhero dantidak tertumpu kepada satu watak sahaja dapat membuatkan penonton memilih wataksuperhero kesukaan mereka. Penyediaan costume khas, Set dan penggunaan C.G.Iturut membantu filem ini lebih menarik disamping bantuan solekan khas untuksetiap babak yang melibatkan penggunaannya.


Buat pengumpul Komik Superhero, 3 siriKomik KAPOWW!!! Atoi The Ajaib Boy akan berada di pasaran tidak lama lagi selainitu poster KAPOWW!!! turut diabadikan pada kad prabayar telefon awam “Hello”dan kad ini boleh didapati dengan Nilai RM10 di cawangan-cawangan yang menjual Kad Hello dan juga di sekolah-sekolah.


Disamping itu bagi peminatyang meminati untuk menyimpan suara dan gambar artist kesayangan mereka juga bolehmelayari www.murai.com.my dan bolehmemperolehi dengan memuat turun di telefon bimbit mereka.Tayangan Unggul juga sedang dalam proses mengemaskinilaman web rasmi www.tayanganunggul.com.mydan akan menemui peminat dengan wajah baru akhir bulan Jun 2010


KAPOWW!! turut dibintangi ramai pelakon popularseperti AfdlinShauki, Lisa Surihani, Bell Ngasri, Rashidi Ishak, Awie, Harun Salim Bachik,Khir Rahman, Delaila, Sherry Ibrahim, Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris, SoffiJikan, Bob KU2, Usop Kopratasa, Bandi Amuk, Aishah Sinclair, Patrik Teoh,Sathia, henzi Andalas dan ramai lagi


No comments: