Jul 7, 2010

pikir


Nabil (Raja Lawak 2) as Nabil

Memegang watak sebagai Nabil. Seorang anak muda yang hanya berkelulusan SPM dan sering bertukar-tukar kerja. Ada sahaja punca yang menyebabkan Nabil diberhentikan. Walaupun begitu, Nabil bersih dari gejala sosial, mempunyai cita-cita yang tinggi, berdikari, suka berjenaka tetapi di dalam hati, menyimpan rasa sedih mengenangkan nasib keluarga yang susah. Tidak pernah berputus asa dan akhirnya berjaya mengubah nasib keluarga.

Mila AF5 as Aishah

Memegang watak sebagai Aisyah iaitu adik Nabil. Masih bersekolah. Tetapi ingin berhenti sekolah untuk mencari kerja demi membantu abangnya menyara keluarga.

Puteri Sarah Liyana as Natasya

Memegang watak sebagai Natasya. Berbeza dengan Nabil dari semua sudut. Kaya, ego dan sombong. Melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Membenci Nabil yang menegur sikap sombongnya. Sentiasa bergaduh dengan Nabil dan akhirnya benci menjadi rindu. Walaupun begitu, tetap tidak mahu mengakui mencintai Nabil. Dalam diam, Natasya mengubah sikapnya dan berjaya mendapatkan cinta Nabil serta berjaya membina nama sebagai model yang dikenali di Malaysia.

Meet Uncle Hussain as Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain

Memegang watak sebagai Kumpulan Muzik Meet Uncle Hussain. Sentiasa ada dimana Nabil ada. Mereka pada mulanya tidak mengenali di antara satu sama lain. Tetapi, akhirnya bertemu dan membentuk sebuah kumpulan muzik yang berjaya menjuarai sebuah pertandingan realiti televisyen.



No comments: