May 6, 2010

V3

V3 Samseng Jalanan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Samseng Jalanan V3
Samsengv3.jpg
Poster promosi Samseng Jalanan V3.
Pengarah Farid Kamil[1]
Syarikat penerbitan Metowealth Movie Production
Penerbit David Teo
Pengarang Farid Kamil
Pengisah Farid Kamil
Shoffi Jikan
Lakonan Farid Kamil
Bront Palare
Aqasha
Lisa Surihani
Intan Ladyana
Pengedar MIG Production Snd Bhd
Mula tayangan 11 Mac 2010[2]
Negara Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Perbelanjaan RM 1.72 Juta[3]
Pulangan kasar Rm 3.82 Juta[4]
Didahului oleh Remp-It
V3 Samseng Jalanan atau "Remp-it V3" ialah sebuah filem Malaysia arahan Farid Kamil yang diterbitkan oleh MIG Production Snd Bhd. Filem ini hasil lakonan Farid Kamil, Bront Palare dan Aqasha. Filem ini menjadi kontroversi kerana mempunyai banyak unsur tidak sihat & tidak menjadi pengajaran kepada samseng jalanan yang semakin berleluasa di Malaysia. Hampir 20% filem ini dipotong.

Plot

REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka. Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju. Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.




No comments: