Apr 28, 2010

Rapik

Review Filem Niyang Rapik

Jumaat malam sabtu yang lalu aku dan rakan-rakanku telah pergi ke Jusco Ipoh untuk menonton Filem Niyang Rapik. Disebabkan ini cerita hantu, kami memilih waktu tayangan pada mid night movie supaya keadaaan lebih menyeramkan dan menggerunkan. Konon nak feel rasa takut tapi tak takut pon.

2 hari sebelum aku menonton Niyang Rapik ni, aku baru tonton filem Santau yang keluar pada tahun lepas. Oleh itu, kesan Santau masih ada ingatan aku dan aku cuba bandingkan kedua dua cerita ini. Kesimpulannya, cerita hantu Melayu semua sama jer.

Sebelum aku beri komen yang panjang lagi tentang filem ini, ni aku nak cerita sikit sinopsis cerita Niyang Rapik. Filem ini mengisahkan tentang 5 orang pelajar daripada bidang kajian sejarah yang baru pulang daripada membuat kajian tentang bahan arkeologi yang terdapat di sebuah tempat yang jauh di pedalaman iaitu Niyang Rapik.Selepas pulang daripada kampung itu, seorang daripada mereka iaitu Fizz Fairuz diserang penyakit aneh dan akhirnya mati disebabkan perkara itu. Selepas disiasat mereka berempat membuat kesimpulan kejadian itu berlaku disebabkan Fizz Fairuz telah mengambil satu bahan arkeologi sejarah kepunyaan kampung Niyang Rapik iaitu sebuah gambir.

Jadi, mereka berempat merasakan mereka perlu kembali ke kampung Niyang Rapik untuk memulangkan semula gambir itu. Zed Zaidi telah mengutus surat kepada Laila(Liyana Jasmay) iaitu anak ketua kampung Niyang Rapik untuk memberitahu tentang kedatangan mereka ke sana. Sewaktu perjalanan mereka ke kampung tersebut sehinggalah mereka tiba di sana, pelbagai rahsia dan masalah melanda mereka berempat. Tanpa mereka sedar, ada seseorang mahu membalas dendam kepada mereka. Kalau nak tahu lebih lanjut, baik korang tengok sendiri di pawagam berhampiran anda.

Ni komen aku plak pasal movie ni.

  • Watak Shaheizy Sam paling best dalam filem ini. Beliau berjaya menunjukkan cerita seram ni sebagai cerita filem komedi seram kerana watak beliau seorang jer. Ayat yang digunakan oleh beliau agak tak boleh blah sikit tapi beliau memang lawak dalam cerita. Boleh aku katakan beliaulah yang menghidupkan cerita ini agar tidak bosan dan hambar.
  • Watak Zed Zaidi sebagai ketua kumpulan arkeologi ni memang menjadi. Beliau tegas dan bijak menangani masalah. Bila ada masalah jer, beliau tidak cepat gelabah seperti kawan-kawannya yang lain. Ciri-ciri yang ada pada beliau, memang sesuai sebagai seorang pemimpin.
  • Satu watak sampingan yang agak tak boleh blah adalah Den wahab. Beliau ni jadi owner gerai makan di Niyang Rapik. Style dia dalam filem ni macam orang kena H1N1. Dan sebenarnya beliau adalah hantu. Adli dan Awal Ashari yang sianggah makan di warung ni makan cacing yang di sangka mee. Tapi ape yang aku cuba sampaikan, gaya Den Wahab ni memang tak boleh blah dalam filem ni.
  • Watak-watak lain aku rasa biasa sahaja. Bukan tak bagus, tapi pembawakan watak yang diberi mengikut skrip yang di sediakan.
  • Dari segi jalan cerita, jalan cerita Niyang Rapik dan Santau lebih kurang sama. Ada orang khianat dan membuat onar kepada watak utama. Kemudian watak utama meminta tolong pada orang yang terdekat dan sebenarnya orang yang terdekat itulah yang sebenarnya membuat jahat kepada mereka. Dan watak yang di sangka jahat dan sentiasa muka ketat dari awal itu yang membantu mereka akhirnya. Kedua-dua jalan cerita lebih kurang sama cuma terlebih kurang kicap dan garam jer.
  • Cerita Niyang Rapik ni kurang hantu keluar. Yang ada cuma adegan kena rasuk sekali dan beberapa hantu yang make up tak berapa real lalu lalang di sekitar mereka. Berbanding cerita Santau, lebih banyak hantu berwajah buruk yang keluar. Adegan dalam Niyang Rapik lebih banyak kejutan menyebabkan penonton suspen.
  • Selain itu, watak Liyana Jasmay sebagai Laila agak pelik sikit bagi aku. Dia sebenarnya dah mati tetapi 4 lelaki yang kembali ke Niyang Rapik di jemput oleh Laila. Dan Laila boleh muncul di mana-mana secara terkejut. Kalau aku jadi lelaki berempat tu mesti awal-awal aku dah pelik. Tetiba je Laila ni leh kesana kemari dengan cepat. So, aku dah syak Laila ni mesti ada apa-apa.
  • Moral value dalam cerita Niyang Rapik ni bagus. Janganlah buat jahat, nanti pasti ada balasan. Ni aku bocorkan sikit jalan cerita Niyang Rapik. Sebenarnya bukan mencuri gambir tu yang menyebabkan mereka di ganggu tetapi salah seorang dari mereka telah merogol Laila pada lawatan kali pertama ke Niyang Rapik dan bapa Laila ingin membalas dendam kepada mereka semua. Tu yang mereka kena kacau tu.
  • Ending cerita, orang yang merogol tu mati terjatuh di batu-batu di sungai kerana ingin memohon maaf pada lembaga Laila. Yang aku pelik, kawan-kawan yang lain tidak tolong semasa Awal Ashaari (orang yang merogol Laila pada lawatan kali pertama) nampak Laila dan berjalan tak sedar ke arah batu-batu tu. Patutnya pergi laa tolong tarik member tu tapi ni tolong tengok jer, memang laa member tu mati terjatuh.

Kesimpulannya, dari 5 bintang aku bagi 3.8 bintang. Ini bukanlah cerita yang wajib anda tonton tetapi boleh ditonton jika kebosanan. Filem yang biasa-biasa jer.


sumbangan :

jerungperkasa.com

No comments: