Mar 9, 2010

Kadar pinjaman asas naik 0.25 peratus

Kadar pinjaman asas naik 0.25 peratus
berita harian online Wrote:BANK tempatan menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing semalam sejajar langkah Bank Negara Malaysia meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis lalu.

Mendahului senarai, Malayan Banking Bhd (Maybank) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar tempatan itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata semakan semula kadar faedah itu adalah berasaskan pelarasan dalam OPR.

Sementara itu, CIMB Group mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai hari ini.

"Ia dibuat susulan pengumuman kenaikan OPR oleh Bank Negara sebanyak 25 mata asas, Khamis lalu," kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.

Dalam pada itu, RHB Banking Group menyemak semula BLR bagi RHB Bank dan BFR bagi RHB Islamic Bank daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Hong Leong Bank Bhd dan Hong Leong Islamic Bank Bhd turut mengumumkan peningkatan BLR dan BFR kepada 5.80 peratus daripada 5.50 peratus berkuat kuasa esok.

Asian Finance Bank (AFB) pula menyemak BFRnya daripada 5.50 peratus kepada 5.75 peratus, mulai hari ini.

Kalau berhutang dgn bank cepat2 laa bayar...jgn tangguh 2,3 bulan....nanti tak larat nak bayar...

Adakah dgn cara naikkan BLR ini akan membantu ekonomi kita terus berkembang pada kadar positif?

Ekonomi baru nak pulih...Kita baru nak menikmati pemulihan ekonomi........Sekelip mata BLR naik....harga barang pung naik....nak murah terpaksa beli borong byk2 buat stok .. kesannya brgan kawalan menjadi sikit .. bila sikit demand tinggi .. rege dinaikkan sewenangnya oleh penjual .. tp persoalannya cukup ke duitnya nak berbelanja besar camtu?

Gaji plak camne?
Tak naik-naik...bonus apatah lagi ..

sumbangan :
mattroxxx Offline
Moderator
*****

No comments: