# Copy Paste
ikan 3 rasa
bahan
1. ikan di kelar-kelar sikit supaya cepat masak isinyer..... Jenis ikan tak kisah..... ....kerapu, siakap atau aper jer ikan yang anda suka..... yang boleh rangup bila digoreng..... jenis ikan ikut kemampuan.
2. letak garam kunyit seperti biasa ( jgn masin sangat). perah limau nipis/kasturi / lemon di atasnyer dan gaul rata. perap sekejap.... limau boleh merangupkan ikan bila digoreng dan hilangkan hanyir atau bau jika ikan tak fresh. jumlah limau bergantung pada banyakknyer ikan ler....
3. goreng ikan dalam minyak yang agak bnyk. deep fried la kata org putih. goreng dengan api sederhana sampai nampak rangup...
4. angkat ikan dan letak dlm pinggan yang telah di hias ngan lettuce, timun bulat dan tomato..... hias ikut kreativiti..... ikan letak tengah2... baru nampak cam 5 star restaurant.
bahan sos
tumbuk (jgn terlalu halus) bahan ini:
1. 1 bawang besar dipotong dadu ( nak bnyk pun boleh)... bila potong dadu, tumbuk jap jer....
3 ulas bwg putih (dicincang )
2. sedikit cili api merah dan hijau dicampur..... tuk nampak cantik jer... pedasnyer tetap sama.... tak nak cili api... cili merah biasa pun orait gak..( jumlah cili ikut pedas.... utk kids.. tak banyak la... )
3. masukkan gula (agak bnyk juga ler) dan sedikit garam dalam satu mangkuk. perah limau nipis. bagi yang guna cuka boleh guna cuka). mix semua dgn sikit air. rasa masam masin dan manis ikut rasa sendiri.
4. panaskan sikit minyak dlm kuali.
5. tumiskan bahan tumbuk. pelankan api... kalau api kuat nanti jiran jiran bersin plak......kacau hingga naik bau.
6. masukkan bahan yang dibancuh tadi. kacau sebati. tambah air dan garam jika perlu.... masak ikut kepakatan yang kita nak.... tapi ikan 3 rasa nih... kuahnyer pekat..... tak macam kari.
7. tutup api.
8. tuangkan atas ikan tadi...... haaaa.... dah siap pun ikan 3 rasa.....
No comments:
Post a Comment