Jan 21, 2014
Automatic gear
Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik Harap sama2 dpt kongis info yang bagus
disini. Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light.
dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic
light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh
kondem gear box rasanya.
kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar P > R , R > P R > N N > R D > L/D2 L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara N > D D > N D > D3 D3 > D pernah tegur org semua gear
dia belasah tekan tombol masa tukar. kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol
tekan pun tak ada kan?
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking!
jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan
menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3 2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2
dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
No comments:
Post a Comment