http://kadikluang.blogspot.com/2010/02/k...ragui.html
Saya tertarik bila membaca Berita Harian hari ini dalam ruangan surat pembaca. Penulis menggunakan nama PEMANDU WIRA HITAM, Ipoh. Dalam tulisannya itu, beliau meminta pihak berwajib supaya mengkaji semula penggunaan minyak RON95 kerana sekarang banyak berlaku kemalangan sehingga kenderaan terbakar. Kes terbaru adalah di Senawang beberapa hari lepas, mungkin apa kaitannya dengan RON95 atau tidak.
Penulis bukanlah pasti, adakah kemalangan ngeri ini disebabkan oleh penggunaan minyak RON95 atau tidak. Tetapi beliau mengutarakan isu ini kerana wujud kebimbangan kerana semakin kerap kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kenderaan terbakar. Tahun lepas, kawan saya kehilangan isteri dan dua anaknya di Jalan Batu Pahat - Air Hitam apabila keretanya dirempuh dari belakang oleh bas ekspres. Pada saya, penggunaan minyak RON95 ini perlu dikaji semula, mungkin ada bahayanya. Sebelum ini, perlanggaran sebegitu, tidaklah sampai terbakar. Apabila terbakar, penumpang gagal menyelamatkan diri. Kalau tidak terbakar, mungkin ada masa untuk orang ramai membantu orang yang tersepit di dalam.
Itu cerita penulis di Berita Harian tadi, saya pun tak kurang banyaknya cerita pasal minyak RON95 ni. Kebanyakan kereta sudah dicipta terlebih dahulu sebelum RON95 ini diperkanalkan awal tahun 2008 di negara kita. Saya tidak pasti, masalah karburator kereta Peugeout saya disebabkan oleh penggunaan minyak RON95 atau tidak, jawapannya saya sendiri tidak pasti. Biasalah, kalau dah ganti dengan karburator baru, jenis Nissan Vanette saya pun taknak fikir benda yang lepas.
Kereta Honda Accord saya jadi lembab bila pakai RON95, itu memang saya pasti. Kalau saya mengadu pada sesiapa, nanti dia kata apa bising-bising, pakai saja RON97, tapi masalahnya harga dah naik, tak berbaloi kalau nak teruskan pakai. Semalam kawan saya test satu Honda Accord macam yang saya pakai sekarang. Pecutannya jadi laju dan mulanya kawan saya kata kereta tu baik, hampir-hampir dia nak beli.. Tapi saya kata, ini mungkin pakai minyak RON97, kalau pakai RON95 belum tahu boleh buat pecutan sebegitu.
Mungkin ada kekurangannya tetapi setiap kali luahan dibuat, ada saja jawapan dari pihak tertentu yang mempertahankan RON95 ini. Saya harap, selepas ini pihak berwajib benar-benar membuat kajian sebelum memberikan jawapannya. Apa salahnya jadi macam syarikat kereta nombor satu dunia iaitu TOYOTA yang menarik balik beberapa model kereta kerana ada sedikit masalah pada padel minyak. Yang penting pada Toyota adalah kepuasan pelangnan. Yang sangat penting adalah keselamatan pengguna. Jangan sampai nanti, ramai yang sudah terkorban di jalanraya disebabkan RON95 ini, baru kita hendak bertindak.
betui kaa??
sumber dari kcarlife :
bridex Junior Member |
No comments:
Post a Comment